Thursday 2 February 2012


KOPITIAM BANGI?
1) Mengeksploitasi wifi 

Di Bandar Baru Bangi, Old Town White Coffee memiliki kelajuan Internet tanpa wayar yang paling pantas antara pesaing-pesaingnya yang menawarkan khidmat wifi secara percuma, iaitu Streamyx 2MBPS. Atas sebab itulah ramai orang lebih gemar menghabiskan masa mereka di Old Town berbanding kopitiam yang lain seperti Bangi Kopitiam, Pappa Rich dan Kopitiam Kawan Celaka. Now secara standalone, 2MBPS sebenarnya boleh tahan laju jika digunakan untuk melayari Internet tanpa memuat turun torrent filem cetak rompak di latar belakang. Tetapi oleh kerana ada berpuluh-puluh orang yang mengakses wifi tersebut pada masa yang sama, maka sudah pastilah kelajuannya akan berkurang.

Perkara ini tidak dibantu oleh wifi yang tidak dilindungi oleh network key menyebabkan pelanggan di restoran di sebelah dan pekerja-pekerja kedai tayar di belakang turut mengeksploitasi wifi tersebut. Ada yang lebih bijak turut membuka sebuah cybercafe kecil-kecilan berhampiran Old Town sebagai pendapatan sambilan. Apa yang tidak masuk akal adalah apabila ada pelanggan yang membuat aduan kepada waiter membebel pasal wifi yang slow tersekat-sekat bila tengok klip video rappers kulit gelap di Youtube. Sebagai pekerja di sektor IT ingin saja aku celup jari di dalam Hazelnut White Coffee di atas ke'noob'an beliau. Nak laju pergi rumah akulah Unifi doploh MBPS wifi password F@izal_KeWL (case sensitive) 

2) Tempat mempamerkan gajet-gajet


Dah tempat ada wifi percuma mestilah ada gajet-gajet yang nampak mahal digunakan untuk melayari web. Nak bawa PC tak praktikal pula. Since Bangi tak ada Starbucks, so orang-orang yang nampak kaya ataupun mak bapak dia kaya akan menjadikan Old Town sebagai destinasi melepak mereka sambil menggunakan laptop daripada pelbagai jenama. Gajet paling popular sudah pastilah tablet-tablet daripada Epal dan Samsu. Eh don't get me wrong sukati hang la nak bawa gajet apa pun. Kawan aku Fandi setiap kali melepak akan bawa 3 gajet yang diaktifkan secara serentak, Samsung Galaxy Tab dia pasang untuk melayari laman web yang menggunakan Flash, iPhone 4 dia buat untuk tweet dan Nokia 3310 dia untuk main snake.

3) Konon-konon study

Antara majoriti pelanggan yang berkunjung di Old Town ini adalah golongan pelajar, khususnya mahasiswa. Ada banyak institusi pengajian tinggi berhampiran Bangi ni seperti UKM, the awesome Uniten, KLIUC mahupun Sekolah Memandu Mazris, Jadi di waktu malam instead of pergi perpustakaan ataupun di bilik yang tenang untuk mengulangkaji pelajaran, mereka akan ke Old Town untuk study, tak kiralah secara solo, duo ataupun berkumpulan. Bagi aku, fenomena mentelaah di Old Town ataupun di mana-mana restoran ini adalah tahi lembu semata-mata. Kajian telah membuktikan bahawa suasana yang tenang diperlukan bagi mendapatkan input yang optimum ketika membaca nota pensyarah. Old Town tu dahla bising dengan orang-orang yang suka gelak kuat-kuat macam kawan aku Zul, ataupun yang bersin tetapi bunyi macam batuk seperti Jamil. Mana boleh nak fokus macam tu.

Yang konon-konon datang stadi dengan gadis tu tak usah berpura-pura. Kat atas meja tangan menggunakan teknik fingering membaca nota kat bawah meja kaki pun guna teknik fingering gesel-gesel dengan teman wanita. Biasalah jiwa remaja kat mana-mana pun mahu menunjukkan kemesraan berdosa. Yang konon-konon buat study group tu 5 minit pertama je berbincang pasal pelajaran. Lepas tu sambil mengunyah french fries dan minum kopi putih, mulalah layan Youtube tengok klip video Alize ataupun main Angry Birds. Jadi kalau anda dengar kawan-kawan anda keluar nak pergi study tetapi cakap nak study di tempat makan, persetankan saja mereka.

4) Take your time

Tahukah anda apa motto Old Town White Coffee? Berdasarkan iklan yang aku lihat setiap kali lalu di lebuhraya KL-Seremban, mereka meyuruh kita 'Take Your Time'. Orang kita ni mudah menterjemahkan sesuatu itu secara literal, dan dalam hal ini mereka betul-betul take their time ketika berada di Old Town. Jika anda pergi melawat Old Town di waktu malam, anda pasti akan melihat Old Town itu sentiasa penuh. Padahal itu semua merupakan pelanggan yang datang sejak lepas maghrib tadi ni dah habis isyak pun taknak balik lagi. Ais dalam kopi gao kita sudah lama habis dan tak bercadang nak topap pun namun kita masih bergelak ketawa bergembira bertepuk tampar bersama rakan-rakan tanpa mempedulikan keluarga dengan anak kecil yang kelaparan mencari tempat untuk melabuhkan punggung dan mengisi perut.

5) Salesman


Barbie kat mana-mana pun kalian ada kan. Aku seriously tidak peduli dengan produk-produk yang kalian ingin jual seperti buku-buku keagamaan, cakera padat motivasi mahupun kerepek pisang anda. Ok fine kalau makcik bawak plastik besar jual kerepek mungkin timbul rasa kasihan dan diberi pengecualian walaupun dalam hati masih tak rela. Tetapi secara jujurnya kami mahu menghabiskan quality time bersama kawan-kawan melepak bergurau senda tanpa ada sebarang gangguan.

No comments:

Post a Comment