Friday 3 February 2012

DOSA PAHALA ???

Korang ade tak dosa yang masih tak mampu tertinggalkan? (directnya, takde bahasa bunga bunga sikit ke bang Hisham(amboi, ‘bang’ tu. hehe). Ntah le, kalau terasa nak berbunga berrhythm kejap lagi ade la tu, tapi saje nak mula on a serious note, sebab ianya serius. (muka serius)

Dosa yang korang sembunyi dari manusia, bukan sebab korang tak rasa Allah nampak, tapi sebab korang masih struggle untuk tinggalkan dan dosa tu dosa yang korang tak pernah bangga dengannya, dan tiap kali terbuat, korang akan menyesal seribu daya, dan memohon seratus ribu ampun dariNya, dan beribu juta kali dah korang berjanji dengan diri sendiri tak nak mengulanginya, tapi.. masih jugak terbuat, baru je tadi. (haihhhhhhh)

Mungkin susah nak berhenti mengumpat sebab dah jadi amalan semenjak di sekolah dulu, atau susah menjaga pandangan apatah lagi bila economy crash masih tak pulih pulih so tak cukup duit nak tutup apa yang sepatutnya, atau mungkin ada minat pelik yang bertentangan syariat sebab dulu sumpah tak tau benda tu berdosa, baru je tau, 2 tahun lepas. Ataupun korang benci mak bapak korang sebab diorang tak jaga korang elok elok dulu dan korang sentiasa cuba untuk senangkan hati diorang tapi tiap kali tatap muka je terus rasa benci, or maybe habit kot, marah orang tak tentu hala, or mengadu domba tak kena cara, or jeles and dengki orang lebih dari kita, mungkin jugak susah nak bersangka baik apatah lagi bila orang tu orang Umno, memang sume blame dekat dia, dan mungkin juga dosa dosa yang malu aku nak sebut dekat sini.

Aku juga ada, bukan nak bangga tapi we’re all in this together, aku takkan letak titik noktah pada usaha, dan aku yakin kita semua di landasan yang sama. Berperang dengan nafsu yang bermaharajalela dalam diri, dengah nafsu yang ego tak nak tunduk pada Ilahi, dan dengan syaitah yang tak sudah sudah meracuni hati.

Anyway, pernah dengar cerita tentang sahabat Nabi bernama Abu Mahjan? Kalau pernah buat2 macam tak pernah dengar and buat2 macam surprise sikit la bila baca ye?

Abu Mahjan ni seorang sahabat Nabi yang pemabuk, ye walaupun dah diharamkan dia masih tak mampu tinggalkan, dan dia pernah disebat ketika zaman Nabi, zaman Abu Bakar dan juga Umar, kerna mabuknya itu.

Tersebut kisah ketika perang Qadisiyyah, Saad Ibn Waqqas yg menjadi panglima perang ketika itu melawat khemah2 kaum muslimin malam sebelum perang dan didapati semua sedang khusyu’ bertahajjud kecuali Abu Mahjan yang dijumpai mabuk, lalu diikat Abu Mahjan dengan rantai kerana tidak ingin Abu Mahjan menyertai perang itu, atas sebab dia mabuk.

Tiba pagi waktu peperangan itu, Abu Mahjan melihat tentera muslimin sedang stuck dan agak goyah menghadapi tentera Rome, lalu dimintanya kepada isteri Saad untuk dibuka ikatan itu supaya dia dapat ikut serta peperangan dan berjanji akan mengikat semula dirinya apabila tamat perang, apabia isteri Saad turn his permintaan down, dia menggelupur ingin keluar juga dari ikatan dan dia kata, ‘wallahi, jika kau lepaskan ikatan ini, aku pasti tidak akan mendekati penjual arak lagi. Sungguh Allah mempunyai janji dan ini janjiku’.

Isteri Saad yang terkesima mendengar kata Abu Mahjan itu, melepaskan ikatan dan Abu Mahjan menutup mukanya dan menunggang kuda bukan kepunyaannya dan pedang bukan kepunyaannya agar tiada yang dapat mengecamnya bika dia turun ke medan perang nanti.

Allahuakbar! Abu Mahjan bertakbir dari atas gunung dan meluru turun sambil membelah lautan tentera dan musuh musuh dicantas dengan banyaknya, melihatkan kejadian itu para muslimin menjadi bertambah semangat dan semakin mara dan kuat, Abu Mahjan terus membelah lautan musuh sehingga sampai ke Panglima Rome dan dicantas kepala panglima itu, kemudian ia berpatah balik sambil mengayun pedang dan terus kembali ke tempat ikatannya, sementara Rome kucar kacir kerana panglima mereka dah tumbang, Muslimin terus mara dan menemui kemenangan sesudah mereka menemui kebuntuan dan hampir kalah. Abu Mahjan mengikat kembali dirinya dan sekembalinya Saad dari perang ia terus menemui Abu Mahjan dan berkata, “Siapa yang kau nak tipu tadi? Ingat kami tak kenal suara kau?”. Abu Mahjan dilepaskan dari ikatan, dan sungguh sehingga ia menemui mati, ia tidak pernah lagi menyentuh walau setitis arak.

Kadang kita lihat orang yang tidak bertudung, kita pandang enteng mereka, padahal kita tak tahu solat mereka tak pernah tinggal dan God knows how they’re struggling to obey perintah Tuhan mereka.

Kadang kita tengok seorang yang tidak pernah berada atas sejadah, apatah lagi di masjid tapi kita tak tahu apa dalam hati mereka, mungkin mereka sangat menginginkan hidayah dan satu hari yang indah Allah bukakan pintu hati mereka dan Allah terima titis air taubat mereka.

Kadang kita begitu senang sekali judge manusia ini baik manusia ini jahat sedangkan siapa kita ini, entah ya hari ini kita beramal dengan amal syurga, mungkin di hari tua nanti kita dipaling dari hidayah Allah, kita beramal amalan neraka, nauzubillah.

Sungguh lebih baiklah kita risau akan dosa kita dari sibuk membincangkan dosa si anu, tugas kita menasihati dan membimbing bukan menghukum mereka itu ini melainkan jika ianya bertepatan syarak. Dosa yang kita bincang di awal tadi, mungkin kita tak dapat tertinggalkan, tapi rahmat Allah siapa tahu, struggle kita hari hari yang manusia tak pernah tahu itu, titis air mata tiap kali terkenang peristiwa itu, sesal dan kesal itu mungkin cukup untuk Allah simpan sebagai bukti taqwa kita padaNya. Dan mungkin satu hari nanti seperti Abu Mahjan, terlepasnya beban yang amat berat yang kita tanggung dan fikir sehari-hari sehingga membotakkan kepala yang dahpun runsing ni.

Usaha dan berdoalah semoga Allah mengampunkan dosa yang tak tertinggalkan ini. Amin. Dan yang terakhirnya, dosa kita bukan sekali kali satu alasan untuk kita tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dan hamba Allah, dan sangatlah loser mereka yang lari dari dakwah akibat malu dengan dosa yang tak tertinggalkan sedangkan mereka tak tahu Allah menyediakan keampunan di sisiNya dan Dia sangat menyukai pentaubat pentaubat.

p.s. saya langsung tak meringankan apa apa dosa yang kita buat ni, cuma harapan itu masih ada dan ia cerah seterang matahari. Fighting!

Thursday 2 February 2012


KOPITIAM BANGI?
1) Mengeksploitasi wifi 

Di Bandar Baru Bangi, Old Town White Coffee memiliki kelajuan Internet tanpa wayar yang paling pantas antara pesaing-pesaingnya yang menawarkan khidmat wifi secara percuma, iaitu Streamyx 2MBPS. Atas sebab itulah ramai orang lebih gemar menghabiskan masa mereka di Old Town berbanding kopitiam yang lain seperti Bangi Kopitiam, Pappa Rich dan Kopitiam Kawan Celaka. Now secara standalone, 2MBPS sebenarnya boleh tahan laju jika digunakan untuk melayari Internet tanpa memuat turun torrent filem cetak rompak di latar belakang. Tetapi oleh kerana ada berpuluh-puluh orang yang mengakses wifi tersebut pada masa yang sama, maka sudah pastilah kelajuannya akan berkurang.

Perkara ini tidak dibantu oleh wifi yang tidak dilindungi oleh network key menyebabkan pelanggan di restoran di sebelah dan pekerja-pekerja kedai tayar di belakang turut mengeksploitasi wifi tersebut. Ada yang lebih bijak turut membuka sebuah cybercafe kecil-kecilan berhampiran Old Town sebagai pendapatan sambilan. Apa yang tidak masuk akal adalah apabila ada pelanggan yang membuat aduan kepada waiter membebel pasal wifi yang slow tersekat-sekat bila tengok klip video rappers kulit gelap di Youtube. Sebagai pekerja di sektor IT ingin saja aku celup jari di dalam Hazelnut White Coffee di atas ke'noob'an beliau. Nak laju pergi rumah akulah Unifi doploh MBPS wifi password F@izal_KeWL (case sensitive) 

2) Tempat mempamerkan gajet-gajet


Dah tempat ada wifi percuma mestilah ada gajet-gajet yang nampak mahal digunakan untuk melayari web. Nak bawa PC tak praktikal pula. Since Bangi tak ada Starbucks, so orang-orang yang nampak kaya ataupun mak bapak dia kaya akan menjadikan Old Town sebagai destinasi melepak mereka sambil menggunakan laptop daripada pelbagai jenama. Gajet paling popular sudah pastilah tablet-tablet daripada Epal dan Samsu. Eh don't get me wrong sukati hang la nak bawa gajet apa pun. Kawan aku Fandi setiap kali melepak akan bawa 3 gajet yang diaktifkan secara serentak, Samsung Galaxy Tab dia pasang untuk melayari laman web yang menggunakan Flash, iPhone 4 dia buat untuk tweet dan Nokia 3310 dia untuk main snake.

3) Konon-konon study

Antara majoriti pelanggan yang berkunjung di Old Town ini adalah golongan pelajar, khususnya mahasiswa. Ada banyak institusi pengajian tinggi berhampiran Bangi ni seperti UKM, the awesome Uniten, KLIUC mahupun Sekolah Memandu Mazris, Jadi di waktu malam instead of pergi perpustakaan ataupun di bilik yang tenang untuk mengulangkaji pelajaran, mereka akan ke Old Town untuk study, tak kiralah secara solo, duo ataupun berkumpulan. Bagi aku, fenomena mentelaah di Old Town ataupun di mana-mana restoran ini adalah tahi lembu semata-mata. Kajian telah membuktikan bahawa suasana yang tenang diperlukan bagi mendapatkan input yang optimum ketika membaca nota pensyarah. Old Town tu dahla bising dengan orang-orang yang suka gelak kuat-kuat macam kawan aku Zul, ataupun yang bersin tetapi bunyi macam batuk seperti Jamil. Mana boleh nak fokus macam tu.

Yang konon-konon datang stadi dengan gadis tu tak usah berpura-pura. Kat atas meja tangan menggunakan teknik fingering membaca nota kat bawah meja kaki pun guna teknik fingering gesel-gesel dengan teman wanita. Biasalah jiwa remaja kat mana-mana pun mahu menunjukkan kemesraan berdosa. Yang konon-konon buat study group tu 5 minit pertama je berbincang pasal pelajaran. Lepas tu sambil mengunyah french fries dan minum kopi putih, mulalah layan Youtube tengok klip video Alize ataupun main Angry Birds. Jadi kalau anda dengar kawan-kawan anda keluar nak pergi study tetapi cakap nak study di tempat makan, persetankan saja mereka.

4) Take your time

Tahukah anda apa motto Old Town White Coffee? Berdasarkan iklan yang aku lihat setiap kali lalu di lebuhraya KL-Seremban, mereka meyuruh kita 'Take Your Time'. Orang kita ni mudah menterjemahkan sesuatu itu secara literal, dan dalam hal ini mereka betul-betul take their time ketika berada di Old Town. Jika anda pergi melawat Old Town di waktu malam, anda pasti akan melihat Old Town itu sentiasa penuh. Padahal itu semua merupakan pelanggan yang datang sejak lepas maghrib tadi ni dah habis isyak pun taknak balik lagi. Ais dalam kopi gao kita sudah lama habis dan tak bercadang nak topap pun namun kita masih bergelak ketawa bergembira bertepuk tampar bersama rakan-rakan tanpa mempedulikan keluarga dengan anak kecil yang kelaparan mencari tempat untuk melabuhkan punggung dan mengisi perut.

5) Salesman


Barbie kat mana-mana pun kalian ada kan. Aku seriously tidak peduli dengan produk-produk yang kalian ingin jual seperti buku-buku keagamaan, cakera padat motivasi mahupun kerepek pisang anda. Ok fine kalau makcik bawak plastik besar jual kerepek mungkin timbul rasa kasihan dan diberi pengecualian walaupun dalam hati masih tak rela. Tetapi secara jujurnya kami mahu menghabiskan quality time bersama kawan-kawan melepak bergurau senda tanpa ada sebarang gangguan.